Tak Tahu Mana Satu Tahan Lama? Ini 5 Jenis Perbezaan 'Perfume' Korang Kena Tahu!
Korang tahu tak, minyak wangi mempunyai 5 jenis yang berbeza iaitu jenis Parfum, Eu de Parfum (EDP), Eu de Toilette (EDT), Eu de Cologne (EDC) dan Eau Fraiche. Secara umumnya, perbezaan antara kelima-lima jenis ini adalah mengikut peratusan bahan pewangi yang terkandung didalamnya. Selain jenama, perbezaan peratusan bahan pewangi ini juga menyebabkan berbezanya harga dan ketahanan bau minyak wangi tau.

Parfum
Parfum juga dikenali sebagai Extrait de Parfum atau minyak wangi tulen. Kadar ketumpatan patinya adalah tinggi iaitu antara 20-30% dan menjadikan minyak wangi jenis ini mampu bertahan lebih lama antara 6-8 jam.
Eau de Parfum (Kepekatan minyak wangi - 10% - 20%)
EDP mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi antara 3 jenis ni. Jenis ini boleh tahan hingga 5 jam. EDP lebih kurang sama dengan perfume cuma ia lebih air dan alkohol. Jenis minyak wangi ni selalunya dijual dalam bentuk spray.
Eau de Toilette (Kepekatan minyak wangi - 4% - 15%)
EDT ni lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk spray. EDT lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT tak tahan lama. Selalunya orang guna EDT ni dan sembur banyak-banyak dan untuk kegunaan seharian
Eau de Cologne (Kepekatan minyak wangi - 2% - 5%)
Cologne adalah singkatan eau de Cologne untuk bandar Cologne, Jerman, di mana aroma tertentu pertama kali dibuat, air dari Cologne. Selalunya cologne ni sangat ringan dan segar. Ia diperbuat daripada buah-buahan, dan ia mengandungi minyak pati, lemon, bergamot, oren, dan neroli mutlak.
Eau Fraiche
Eau Fraiche atau lebih dikenali dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash ini memiliki kadar kepekatan pati yang terendah di antara semua minyak wangi yang ada dipasaran iaitu 1-3% dan hanya mampu bertahan sehingga 2 jam sahaja.




Comments